Cara-cara menjaga kesihatan diri dan keluarga
Kesihatan merupakan aspek yang penting dalam kehidupan . Kesihatan haruslah dijaga agar kita dapat menjalani kehidupan seharian seperti biasa . Terdapat beberapa langkah untk menjaga kesihatan diri mahupun keluarga .
Pengambilan pelbagai jenis makanan seimbang adalah penting dalam mengamalkan gaya hidup sihat . Pengambilan sayur dan buah yang banyak pula penting untuk membekalkan vitamin dan serat kepada badan .
Selain itu , bersukan juga adalah cara yang paling baik untuk menjaga kesihatan . Apabila kita berpeluh , ia akan membuang sisa-sisa toksik di dalam badan . Natijahnya , badan kita menjadi cergas .
Menggosok gigi juga adalah salah satu menjaga kesihatan diri dan keluarga . Apabila kita menggosok gigi , kebersihan juga akan tejamin . Natijahnya , kita tidak akan dapat penyakit .
Kesimpulannya , kesihatan perlu dititikberatkan dalam kehidupan seharian kita . Oleh yang demikian , kita perlulah menjaga kesihatan diri dan keluarga .
0 leave ur comment here !:
Post a Comment
awak .. tOlong kOmen yEwp ! tErima kaSih ..