CARA MENGHARGAI WARGA TUA
Warga tua ialah orang yang sudah tua . Kadangkala , mereka sering dilupai begitu sahaja . Terdapat beberapa usaha untuk menghargai warga tua .
Antaranya , kita haruslah memberi perhatian dan kasih sayang kepada warga tua . Setidaknya , anggaplah mereka eeperti keluarga atau ibu bapa kita . Natijahnya , mereka akan berasa dihargai .
Selain itu , melawat mereka juga adalah yang terbaik . Kita mengajak mereka berbual , berbual-bual , bersiar-siar dan sebagainya . Kesannya , mereka tidak akan berasa sunyi .
Akhir sekali , kita juga boleh menyumbang barangan jika kita mampu seperti duit , pakaian dan sebagainya . Oleh itu , mereka akan berasa sungguh gembira kerana memberikan perhatian pada mereka .
Jelaslah bahawa terdapat banyak usaha untuk menghargai warga tua . Oleh itu , kita haruslah menyayangi mereka sepertimana menyayangi ibu bapa kita .
0 leave ur comment here !:
Post a Comment
awak .. tOlong kOmen yEwp ! tErima kaSih ..