♥ PUNCA-PUNCA MASALAH BULI ♥
Remaja pada zaman ini sudah berubah . Berbagai kelakuan negatif yang dilakukan oleh mereka seperti membuli , merosakkan harta benda dan lain-lain lagi .
Punca berlakunya masalah buli di negara ini antaranya ialah diri dan sikap remaja . Mereka mempunyai perasaan ingin membalas dendam untuk melepaskan perasaan gentar bak harimau menunjukkan belangnya .
Selain itu , terjadinya kes buli kerana iman yang tidak kuat untuk menolak ajakan negatif . Remaja terpengaruh dengan rakan yang bersikap negatif . Berkemungkinan juga mereka berasa takut kerana dipulau oleh rakan .
Di samping itu , mereka berkelakuan begitu kerana masalah keluarga yang mereka hadapi . Sebahagian perkara ini sering berlaku kadangkala ibu bapa sendiri pun tidak menyedarinya .
Gejala ini sering berlaku di sekolah dan sebaliknya . Oleh itu , ibu bapa perlu mengajar anak-anak mereka supaya tidak terlibat dalam gejala ini bak kata pepatah melentur buluh biar dari rebungnya .
0 leave ur comment here !:
Post a Comment
awak .. tOlong kOmen yEwp ! tErima kaSih ..