-->
♫ brOken heart ♥

KEPENTINGAN SUKAN

   

Setiap tahun kerajaan membelanjakan wang yang banyak untuk untuk menyediakan peralatan dan kemudahan sukan di negara ini . Padang permainan , dewan , stadium , dan kompleks sukan dibina dari semasa ke semasa untuk memberikan kemudahan kepada orang ramai bersukan . Situasi ini membuktikan bahawa aktiviti sukan tidak kurangnya pentingnya kepada masyarakat dan negara .


Aktiviti sukan dapat mengisi masa lapang seseorang dengan cara yang berfaedah . Hal ini demikian kerana lazimnya aktiviti sukan dijalankan pada masa lapang . Dengan demikian , golongan muda yang bersukan khususnya , tidak mempunyai masa lapang untuk melepak di sana sini . Selain melatih mereka menghargai masa , golongan muda tdak mempunyai kesempatan untuk melibatkan diri dalam gejala sosial yang boleh menggelapkan masa depan . 

Selain itu , bersukan juga menyihatkan fizikal dan mental seseorang . Hal ini disebabkan semasa bersukan semu organ kita bergerak cergas . Pembakaran lemak dalam badan berlaku menyebabkan badan kita mengeluarkan peluh . Dengan demikian , masalah lebihan lemak dalam badan dapat dielakkan . Pada masa yang sama , jantung bertambah aktif dan dapat befungsi dengan baik untuk melancarkan perjalanan darah . Fizikal yang sihat akan mempengaruhi kesihatan mental dan turut mencerdaskan minda seseorang sesuai dengan kata-kata "otak cerdas datangnya daripada badan yang sihat"
Kini sukan dapat juga dijadikan sebagai kerjaya seseorang . Mereka yang bergiat aktif dalam sukan-sukan tertentu di negara ini telah memperoleh pendapatan yang lumayan . Sebagai contoh , sukan badminton telah memberikan pulangan yang besar kepada para pemain badminton negara , terutama anak-anak Dato Haji Sidek . Begitu juga dengan sukan boling dan squasy . Sesetengah anggota masyarakat pula lumayan melalui perniagaan peralatan sukan .

Tidak dinafikan bahawa sukan banyak mendatangkan faedah kepada orang ramai . Sehubungan dengan itu , setiap warganegara hendaklah menyedari hakikat ini dan perlu bersukan . Kesibukan dengan aktiviti harian tidak harus dijadikan alasan untuk tidak melakukan aktiviti sukan . Tegasnya , penglibatan setiap individu dalam pelbagai aktiviti sukan amat penting untuk merealisasikan matlamat Gaya Hidup Sihat di negara ini .
 
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

1 comment:

  1. UnknownJanuary 30, 2014 at 11:44 PM

    (Y) (Y)

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
Add comment
Load more...

awak .. tOlong kOmen yEwp ! tErima kaSih ..

Subscribe to: Post Comments (Atom)

paGes saia !

  • Home
  • kaRanGan bM
love birds
down arrow My naMe : cTiey haJaR
down arrow
down arrow
addrEs : pErai
down arrow
D.O.B : 25 juNe 1997

About Me

My photo
ctieyeyeitc.bs
View my complete profile

foOlOwErs

Blog Archive

  • ►  2012 (22)
    • ►  July (1)
    • ►  April (4)
    • ►  March (7)
    • ►  February (3)
    • ►  January (7)
  • ▼  2011 (47)
    • ▼  December (38)
      • HAPPY NEW YEAR 2012 !!
      • HAHAHA ~
      • AKU MERINDUIMU =(
      • 2011 daH saMpai peNghujuNgnya !!
      • CINTA MUKA BUKU
      • FITNAH !! ? ish3 ..
      • 4 u dear ~
      • CIRI-CIRI MURID CEMERLANG
      • LANGKAH-LANGKAH MENINGKATKAN TABIAT MEMBACA
      • CARA MENGHARGAI WARGA TUA
      • PERLANCONGAN DI MALAYSIA
      • RINDU !!
      • ^ aIZAt ^
      • KEPENTINGAN RAKAN SEBAYA
      • KESAN PENGGUNAAN TELEFON BIMBIT
      • MEMANFAATKAN MASA LAPANG
      • KESAN PENGAMBILAN MINUMAN BERALKOHOL
      • nothing too say !
      • ^ ahLi fiQir ^
      • ^ aDzriNa aDzHar ^
      • ^ aDiRa ^
      • ^ aDibaH nOor ^
      • ^ aD! puTra ^
      • ^ aDam ^
      • ^ acHik spiN ^
      • liRik laGu pErpiSahaN iNi !
      • Punca2 masalah buli
      • PUNCA-PUNCA PENCEMARAN SUNGAI
      • PERTANIAN DI MALAYSIA
      • CARA-CARA MENJAGA KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA
      • GEJALA PONTENG SEKOLAH
      • KEPENTINGAN SUKAN
      • PEMAKANAN SEIMBANG
      • BALIK KAMPONG !! YIPeE !!
      • PENTINGNYA LEMAK KEPADA MANUSIA
      • PENGORBANAN SEORANG KEKASIH
      • PERCAYA CINTA ?
      • gado jaa qhejanya !!
    • ►  November (4)
    • ►  October (5)

Facebook Badge

Tieyha Ctieyy

Create your badge

my paGe !

~qu setiya pda yg setiya~

Promote Your Page Too

butterflyBlog ini hak milik kimshihara snd. Bhd.butterfly

Little Diva