Setiap tahun kerajaan membelanjakan wang yang banyak untuk untuk menyediakan peralatan dan kemudahan sukan di negara ini . Padang permainan , dewan , stadium , dan kompleks sukan dibina dari semasa ke semasa untuk memberikan kemudahan kepada orang ramai bersukan . Situasi ini membuktikan bahawa aktiviti sukan tidak kurangnya pentingnya kepada masyarakat dan negara .
Aktiviti sukan dapat mengisi masa lapang seseorang dengan cara yang berfaedah . Hal ini demikian kerana lazimnya aktiviti sukan dijalankan pada masa lapang . Dengan demikian , golongan muda yang bersukan khususnya , tidak mempunyai masa lapang untuk melepak di sana sini . Selain melatih mereka menghargai masa , golongan muda tdak mempunyai kesempatan untuk melibatkan diri dalam gejala sosial yang boleh menggelapkan masa depan .
Selain itu , bersukan juga menyihatkan fizikal dan mental seseorang . Hal ini disebabkan semasa bersukan semu organ kita bergerak cergas . Pembakaran lemak dalam badan berlaku menyebabkan badan kita mengeluarkan peluh . Dengan demikian , masalah lebihan lemak dalam badan dapat dielakkan . Pada masa yang sama , jantung bertambah aktif dan dapat befungsi dengan baik untuk melancarkan perjalanan darah . Fizikal yang sihat akan mempengaruhi kesihatan mental dan turut mencerdaskan minda seseorang sesuai dengan kata-kata "otak cerdas datangnya daripada badan yang sihat"
Kini sukan dapat juga dijadikan sebagai kerjaya seseorang . Mereka yang bergiat aktif dalam sukan-sukan tertentu di negara ini telah memperoleh pendapatan yang lumayan . Sebagai contoh , sukan badminton telah memberikan pulangan yang besar kepada para pemain badminton negara , terutama anak-anak Dato Haji Sidek . Begitu juga dengan sukan boling dan squasy . Sesetengah anggota masyarakat pula lumayan melalui perniagaan peralatan sukan .
Tidak dinafikan bahawa sukan banyak mendatangkan faedah kepada orang ramai . Sehubungan dengan itu , setiap warganegara hendaklah menyedari hakikat ini dan perlu bersukan . Kesibukan dengan aktiviti harian tidak harus dijadikan alasan untuk tidak melakukan aktiviti sukan . Tegasnya , penglibatan setiap individu dalam pelbagai aktiviti sukan amat penting untuk merealisasikan matlamat Gaya Hidup Sihat di negara ini .
(Y) (Y)
ReplyDelete