Langkah-langkah meningkatkan tabiat membaca
Kajian Perpustakaan Negara pada tahun 1996 yang menumpukan perhatian terhadap literasi penduduk Malaysia , mendapati bahawa setiap rakyat negara ini membaca hanya 2 buah buku setahun . Kajian Gunakumaran , Koo dan Shahizah pada tahun 2003 mendapati bahawa pelajar lebih berminat untuk membaca bahan bacaan ringan , seperti surat khabar dan majalah . Dengan hal yang demikian , dapat disimpulkan bahawa rakyat Malaysia memang membaca tetapi mereka tidak membaca bahan bacaan tambahan yang terarah kepada penjanaan ilmu pengetahuan .
Sehubungan dengan itu , beberapa inisiatif dapat diambil untuk meningkatkan tabiat membaca yang sedia ada dalam kalangan rakyat Malaysia . Kita boleh memperuntukkan masa dan menetapkan waktu khas untuk membaca dalam sehari atu seminggu . Setelah masa diperuntukkan , kita harus membaca pada waktu tersebut tanpa sebarang alasan . Waktu sebelum tidur juga amat baik , sekiranya digunakan untuk membaca . Kita boleh membaca sekurang-kurangnya 10 minit hingga 30 minit sebelum mata benar-benar mengantuk . Selain itu , buku boleh dijadikan sebagai teman dan sentiasa dibawa bersama-sama .
Setiap kali membaca , sebaik-baiknya kita menetapkan sasaran dan matlamat pembacaan . Sasaran bertujuan untuk menentukan topik yang hendak dibaca . Matlamat pembacaan pula adalah untuk menentukan tujuan kita membaca topik tersebut , sama ada untuk menulis laporan , rencana dan sebagainya . Kita juga boleh menyediakan rekod pembacaan yang rapi dan terancang selepas membaca . Rekod tersebut dapat membantu kita untuk memantau perkembangan tabiat membaca , menyediakan senarai buku dan bahan yang ingin dibaca dari semasa ke semasa .
Perkara yang paling menarik adalah apabila kita dapat membaca bersama-sama ahli keluarga atau teman . Maka , wujudlah jaringan ilmu dengan orang yang paling hampir dengan kita dalam suasana yang menggembirakan . Selain itu , usaha dan kerjasama agensi kerajaan seperti jabatan pelajaran , pejabat pelajaran daerah , perpustakaan negeri dan perpustakaan daerah untuk merangka program galakan membaca amat dialu-alukan . Program-program yang dapat diadakan ialah aktiviti khemah membaca , kem penulis muda jejak maklumat , pertandingan cerita , penulisan dan resensi buku . Hakikatnya , usaha unuk membentuk tabiat membaca merupakan tugas guru , ibu bapa dan ahli masyarakat .
0 leave ur comment here !:
Post a Comment
awak .. tOlong kOmen yEwp ! tErima kaSih ..