
PERTANIAN DI MALAYSIA
Huraikan pendaat anda tentang kegiatan pertanian di malaysia . Panjang huraiannya hendaklah antara 200 – 250 patah perkataan .
Kedudukan negara Malaysia yang strategik , iaitu di kawasan khatulistiwa membolehkan aktiviti pertanian dijalankan dengan baik . Keadaan suhu yang panas dan hujan sepanjang tahun menjadi faktor utama aktiviti pertanian berkembang di negara ini . Bentuk muka bumi Malaysia yang sedemikian rupa juga menjadi antara sebab penting pelbagai jenis tanaman hidup subur di sini .
Antara tanaman di negara ini ialah getah , kelapa sawit , koko , nanas , dan padi . Sejak awal negara mencapai kemerdekaan , getah dan kelapa sawit merupakan utama di negara ini . Dari semasa ke semasa banyak tanaman lain ditanam di negara ini seperti teh , tebu , dan sebagainya . Di samping itu , terdapat juga tanaman lazimnya terdapat di negara beriklim sejuk seperti anggur , strawberi dan sebagainya turut cuba ditanam di kawasan tanah tinggi di negara ini.
Namun begitu , aktiviti pertanian sekarng kurang diminati ramai . Bidang ini dipelopori oleh golongan tua di luar bandar . Golongan muda cenderung untuk bekerja dalam sektor perindustrian yang kebanyakkannya terletak di bandar daripada menjadi petani meskipun diberikan pelbagai subsidi . Fenomena ini mengakibatkan banyak tanah untuk pertanian tidak diusahakan . Oleh itu , sektor pertanian negara mestilah menerima pendekatan baharu agar berupaya menarik dan mengekalkan tenaga kerja mereka .
Sebagaimana sektor lain , produktiviti buruh dalam sektor pertanian boleh ditingkatkan melalui latihan jangka pendek dan jangka panjang . Tumpuan latihan perlulah diberikan kepada usaha untuk menguruskan kawasan pertanian yang berdaya maju dan bediri sama tinggi , duduk sama rendah dengan negara pengeluar lain di dunia . Dengan cara ini , minat anggota masyarakat kita terhadap bidang pertanian akan bertambah .
Kesimpulannya , bidang pertanian sewajarnya tidak dikesampingkan meskipun sektor perindustrian terus maju dan berkembang . Hal ini demikian kerana bidang ini penting dalam membekalkan sumber makanan di negara kita . Pengabaian terhadap sektor pertanian memungkinkan kita bergantung pada negara lain untuk memperoleh sumber makanan pada masa akan datang .
0 leave ur comment here !:
Post a Comment
awak .. tOlong kOmen yEwp ! tErima kaSih ..