MEMANFAATKAN MASA LAPANG
Setiap orang pasti mempunyai masa lapang pada waktu tertentu . Masa lapang bagi pelajar dan mereka yang tidak bekerja adalah lebih banyak berbanding dengan orang yang bekerja . Masa lapang bagi golongan pekerja lazimnya pada waktu petang atau pada hari minggu . Setiap orang menghabiskan masa lapang dengan cara tersendiri .
Sesetengah orang memanfatkan masa lapang dengan bersukan . Ada yang berjoging , terutama pada waktu pagi , iaitu sebelum ke tempat belajar atau ke tempat kerja . Ada pula yang lebih selesa besukan pada waktu petang dengan bermain bola sepak , badminton , tenis , sepak takraw , dan sebagainya . Akitiviti sedemikian dapat menyihatkan dan mencergaskan badan .Selain itu , bersukan sedemikian dapat melahirkan individu yang aktif dan memiliki minda yang cerdas .
Ada juga individu yang menghabiskan masa lapang mereka dengan melakukan aktiviti membaca . Amalan ini dapat melahirkan masyarakat yang berpengetahuan dan sekaligus membantu merealisasikan budaya membaca dalam kalangan rakyat di negara ini . Bagi golongan pelajar , amalan membaca tentu shaja meningkatkan pencapaian mereka dalam bidang akademik kerana banyak pengetahuan diperoleh . Memandangkan amalan membaca penting , ibu bapa wajar menjdi contoh kepada anak-anak dengan menjadikan aktiviti membaca sebagai budaya keluarga .
Pada masa lapang , aktiviti perkelahan bersama-sama keluarga boleh dilakukan . Di negara ini banyak terdapat tempat yang sesuai untuk berkelah , misalnya di tepi pantai seperti di pantai Port Dickson , kawasab air terjun seperti Air Terjun Sekayu , taman tema seperti A Famosa Waterworld , dan sebagainya . Selain mengeratkan hubungan antara ahli keluarga , aktiviti sebegini juga menghilangkan tekanan dan melapangkan fikiran .
Kesimpulannya , seseorang perlu merancang aktiviti harian untuk menghabiskan masa lapang dengan cara yang berfaedah . Tindakan sesetengah golongan muda yang gemar menghabiskan masa lapang mereka dengan melepak di sana sini tidak harus menjadi ikutan orang ramai . Amalan tersebut bukan sahaja merugikn diri sendiri bahkan , mendedahkan mereka kepada pelbagai unsur negatif . Mereka sepatutnya sedar bahawa masa itu emas .
0 leave ur comment here !:
Post a Comment
awak .. tOlong kOmen yEwp ! tErima kaSih ..