Janganlah Pergi Mawar
(Korus)
Janganlah pergi Mawar
Tunggulah dulu Mawar
Harummu belum puas kuhidu harap kau sabar
Janganlah pergi Mawar
Tunggulah dulu Mawar
Sehingga benar-benar kembang mekar dan segar
(Ulang Korus)
Bukan niat hatiku
untuk mengundur diri
Keadaan yang memaksaku terpaksa pergi
Walau berat dihati untuk ku tempuhi
Kuharap kau mengerti
Mawarku..
Masihkah kau ingat dulu
Antara iya dan setuju
Kita menjadi satu
Segala rintangan dugaan
Kita hadapi bersama
Mawar oh mawarku
Harap kau sabar
(Ulang Korus) (2x)
Air mata mengalir tanpa kusedari
Sedih dan sebak di dalam hati
Cukup sampai di sini perjuangan terhenti
Ku harap kau mengerti
Sendamu guraumu tawamu
Senyumanmu caramu suaramu gayamu
Tak mungkin akan mudah
Dapat kulupa begitu saja
Mawar oh mawar, ku…
Harap kau sabar
Biarlah aku pergi walau berat dihati
Takkan selamanya mawar akan mekar dan wangi
Relakan aku pergi biarku undur diri
Gugur sekuntum mawar tumbuh yang lain lagi
Biarlah aku pergi walau berat dihati
Takkan selamanya mawar akan mekar dan wangi
Relakan aku pergi biarku undur diri
Gugur sekuntum mawar tumbuh yang lain lagi
Kalau ini yang kau pinta, ini yang kau mahu, ini kehendakmu
Kan kuturutkan kemahuanmu
Kudoakan kesejaheraan
Cuma hanya itu yang ku mampu
Mawarku masihku ingat dulu
Sewaktu kita bertemu
Kau dan aku kita bersama
Bersatu hati memburu cita
Dengan tekad dan semangat
Hampir sedekad capai matlamat
Belum lagi tamat
(Ulang) (2x)
Janganlah pergi Mawar
Biarlah aku pergi
Takkan selamanya mawar akan mekar dan wangi
Tunggulah dulu Mawar
Biarku undur diri
Gugur sekuntum mawar tumbuh yang lain lagi
Bukan niat hatiku
Untuk mengundur diri
Keadaan yang memaksaku terpaksa pergi
Walau berat dihati untukku tempuhi
Ku harap kau mengerti
Derita Merindu
(Rap)Kau katakan cinta gunakan akal
Bila aku gunakan, kau yang menyangkal
Bagaimana nak kekal
Kau katakan cinta gunakan minda
Bila aku gunakan, kau yang tak percaya
Bagaimana nak bahagia
Maafmu tak bererti, kau mudah sesali
Berulang kali telah kau mungkiri
Manis mulut berjanji terpedaya lagi
Menanti biar terus didustai
Kaulah bahagia (bagiku)
Kaulah derita (bagimu)
Esok lusamu
Tak ku kenal lagi engkau siapa
(Rap)
Dan aku cuba sedaya upaya
Telah ku usaha dengan sepenuh jiwa
Bagaimana hendak ku lupa
bayangan wajahmu selalu di depan mata
harum baumu masih dapat ku hidu
Bagaimana ingin aku membencimu
Jikalau setiap hari merindu
Sekiranya derita merinduimu itu sebenarnya bahagia..
Aku pilih derita..
Kaulah bahagia (bagiku)
Kaulah derita (bagimu)
Esok lusamu, tak ku kenal lagi engkau siapa
Mungkinkah esok atau lusa walau biarpun lama
Akan ku biar tiada ku tetap kan setia
Entah bila akan tiba sampai jua harimu yang sama
Esok seperti semalaman yang tak berubah
(Ulang) (2x)
Kaulah tanda tanya.. kau tiada titik noktah
Ku dibuai mimpi lena dikejut igau semula
Kaulah tanda tanya.. kau tiada titik noktah
Ku dibuai mimpi lena dikejut igau semula
(Rap)
Seandainya kau berada di depan mata
Mudah untuk aku berkata-kata
Supaya dapatku melihat seraut wajahmu
Walaupun belum tentu kau mahu bertemu
Apalagi memandangku
Setelah ku turutkan segala kemahuan kau mainkan perasaan
Begitu mudah kau ucapkan terimalah saja kenyataan..
Aku masih terkilan
Maafmu tak bererti, kau mudah sesali
Berulang kali telah kau mungkiri
Manis mulut berjanji terpedaya lagi
Menanti biar terus didustai
Kaulah bahagia (bagiku)
Kaulah derita (bagimu)
Esok lusamu, tak ku kenal lagi engkau siapa
Kaulah bahagia (bagiku)
Kaulah derita (bagimu)
Esok lusamu, tak ku kenal lagi engkau siapa
(Rap)
Jika kau dapat memahami hati seorang perindu
Baru kau tahu derita hatiku
Jika suatu hari nanti giliran kau merindu
Baru kau ingat derita diriku
Segala yang berlaku bukan kemahuanku
Apa gunanya bahgia
Jikalau bahagia bersamamu hanyalah untuk sementara waktu
Aku pilih derita merinduimu
Maafmu tak bererti, kau mudah sesali
Berulang kali telah kau mungkiri
Manis mulut berjanji terpedaya lagi
Menanti biar terus didustai
Kaulah bahagia (bagiku)
Kaulah derita (bagimu)
Esok lusamu, tak ku kenal lagi engkau siapa
Kaulah bahagia (bagiku)
Kaulah derita (bagimu)
Esok lusamu, tak ku kenal lagi engkau siapa
Zakiah
hooo..
Rindu slama kau duka
Bayang senyum gemersik suara
Ada rindu ada rasa
Ada cinta setiap terjaga
Bayang senyum gemersik suara
Ada rindu ada rasa
Ada cinta setiap terjaga
Zakiah.. Zakiah..
Penari gurun pasir ternama
Zakiah.. Zakiah..
Terpesona aku melihatnya
Zakiah.. Zakiah..
Begitulah panggilan namanya
Semua yang melihat takkan dapat melupakan
Penari gurun pasir ternama
Zakiah.. Zakiah..
Terpesona aku melihatnya
Zakiah.. Zakiah..
Begitulah panggilan namanya
Semua yang melihat takkan dapat melupakan
(Rap)
Hanya engkau bagiku
Diruang di hatimu
hooo..
Hanya engkau bagiku
Diruang di hatimu
hooo..
Oh aku terpesona
lirikan mata goyang pinggul dan senyumanya
Sayang.. hanya sepintas Zakiah lalu menghilang
Kini hanya tinggal kenangan

Tarian gurunmu mempersonakan diriku
Alunan gerak gerimu membuat aku terpaku
zakiah tidurku
zakiah bangunku
zakiah.. zakiah
zakiah.. zakiah
zakiah..
Tarian gurunmu mempersonakan diriku
Alunan gerak gerimu membuat aku terpaku
zakiah tidurku
zakiah bangunku
zakiah.. zakiah
zakiah.. zakiah
zakiah..
wahai sang pencinta
wahai sang pencinta
wahai sang pencinta
Zakiah.. Zakiah..
pastikah aku berjumpa lagi
Oh Zakiah..
Tak sabar rasa hatiku menanti
pastikah aku berjumpa lagi
Oh Zakiah..
Tak sabar rasa hatiku menanti
Zakiah.. Zakiah..
Tak seorang pun dapat mengerti
Bila ku katakan
Aku selalu merindukannya
Tak seorang pun dapat mengerti
Bila ku katakan
Aku selalu merindukannya
(Rap)
Oh aku terpesona
lirikan mata goyang pinggul dan senyumanya
Sayang.. hanya sepintas Zakiah lalu menghilang
Kini hanya tinggal kenangan
lirikan mata goyang pinggul dan senyumanya
Sayang.. hanya sepintas Zakiah lalu menghilang
Kini hanya tinggal kenangan
(Rap)
Apakah itu setia
Apakah itu janji
Atau hanya kata-kata terlepas hari ini
Apakah itu janji
Atau hanya kata-kata terlepas hari ini
Apakah itu setia
Apakah itu janji
Kata-kata tiada erti kau hari
Apakah itu janji
Kata-kata tiada erti kau hari
Dia Datang
(dia datang) jaga jaga jangan mudah terperdaya dengan manis tutur kata
(dia datang) jaga jaga jangan sampai tergoda dengan helah tipu daya
(dia datang) jaga jaga jangan biarkan diri kita menjadi mangsa
(dia datang) jaga jaga waspada ingat ingatlah dahulu sebelum kena
(dia datang) alah tak payahlah, kita tak mati
tak kenyit kenyit mata, pura pura suka
eksyen eksyen dengar, senyum senyum kambing
angguk angguk, geleng geleng
macam ambil pusing, beliakkan biji mata
besarkan mulut ohh lebar ternganga
abra kadabra hey presto eh magik, kau ahli silap mata
lari lari takkan lagi nak duduk di sini
mendengarkan cerita
akulah ini akulah itu, aku begini dan aku juga begitu
yang ini aku, yang itupun aku
hampir putus urat saraf telingaku ditucuk masuk pisau belit ularmu itu
pembohong, pendusta, penipu, kau numero uno, kau fikir kau nombor satu
(dia datang) jaga jaga jangan mudah terperdaya dengan manis tutur kata
(dia datang) jaga jaga jangan sampai tergoda dengan helah tipu daya
(dia datang) jaga jaga jangan biarkan diri kita menjadi mangsa
(dia datang) jaga jaga waspada ingat ingatlah dahulu sebelum kena
(dia datang) hoi dia bukan calang calang orang punya ramai kenalan
kalangan jutawan, hartawan, karyawan
keliling satu dunia sebut saja mana negara apa nama, semua udah udah
punya kereta mewah besar katanya, SLK small liter kelisa
mahu menang tak mahu kalah ke hulu ke hilir ke situ ke sana
suka mendabik dada
(dia datang) jaga jaga jangan mudah terperdaya dengan manis tutur kata
(dia datang) jaga jaga jangan sampai tergoda dengan helah tipu daya
(dia datang) jaga jaga jangan biarkan diri kita menjadi mangsa
(dia datang) jaga jaga waspada ingat ingatlah dahulu sebelum kena
(dia datang) dia kata aku anak hartawan, dermawan, tujuh keturunan harta tak habis makan
ada pengawal peribadi, ada pemandu memandu, sana dan sini
ofis di kota sebesar gudang setinggi menara seribu pekerja
ada lima tukang gaji di rumah
tiada yang kurang, masih bujang
suruh belanja kopi, maaf cek belum masuk lagi
(dia datang) jaga jaga jangan mudah terperdaya dengan manis tutur kata
(dia datang) jaga jaga jangan sampai tergoda dengan helah tipu daya
(dia datang) jaga jaga jangan biarkan diri kita menjadi mangsa
(dia datang) jaga jaga waspada ingat ingatlah dahulu sebelum kena
Dua Kali Lima (2×5)
Kali Bagi Tolak CampurHabislah geli kerana geletek
Hilanglah resah kerana biasa
Kerana telah terbiasa
Geli dan resah tidak lagi terasa
Semut di seberang lautan
Kau nampak
Bila gajah di depan mata
Kau buta
Lebih sudu dari lauk
Lebih tunjuk dari tengok
Lebih diri dari duduk
Lebih cawan dari mangkuk
Berkata-kata jangan lupa
Banyak yang bertukang di mata dan Mulut
Sedikit sahaja yang
Menukang di tangan
Bangkai gajah busuk di hutan
Hendak di tanam
Pekong di kaki sendiri dibiaskan
Busuk oh.. Kurap, kudis, nanah, kayap.. ii..
Dua kali lima sepuluh
Lima kali dua sepuluh
Lapan campur dua sepuluh
Dua campur lapan sepuluh
Sama pandai sama bodoh
Sama lawa sama hodoh
Sama cerdik sama belok
Sama tepok sama bongkok
Duduk diam tunggu dulu
Kunci mulut nanti dulu
Sebelum kau berbicara
Sebelum kau nak berkata
Cermin dulu hujung rambut
Hingga ke hujung hujung kuku kakimu
Kurangkan lada kurang pedasnya
Kurangkan rempah kurang panasnya
Kurangkan lebah kurang sengatnya
Kurangkan cakap kurang silapnya
Dan membisu takut takut
Nana tahu silap hari
Silap bulan lambat laun
Silap tahun kau menjadi
Dua kali lima sepuluh
Lima kali dua sepuluh
Lapan campur dua sepuluh
Dua campur lapan sepuluh
Sama pandai sama bodoh
Sama lawa sama hodoh
Sama cerdik sama belok
Sama tepok sama bongkok
Jangan cakap lepas
Biar pandai beralas
Ada ubi ada batas
Ada hari kami balas
Kiramu hanya bias
Cecamu cuma tempias
Hari ini kami berkias
Esok lusa kami mengganas
Jangan suka jaga tepi kain orang lain
Kain sendiri yang terlondeh
Kata dulang paku serpih
Kata orang dia yang lebih
Ada orang suka menerima
Tapi tidak suka menderma
Ada orang suka menderma
Tapi diharap dibalikkan semula
Dua kali lima sepuluh
Lima kali dua sepuluh
Lapan campur dua sepuluh
Dua campur lapan sepuluh
Sama pandai sama bodoh
Sama lawa sama hodoh
Sama cerdik sama belok
Sama tepok sama bongkok
Dua kali lima sepuluh
Lima kali dua sepuluh
Lapan campur dua sepuluh
Dua campur lapan sepuluh
Sama pandai sama bodoh
Sama lawa sama hodoh
Sama cerdik sama belok
Sama tepok sama bongkok
Angguk-angguk Geleng-geleng
Angguk-angguk, Geleng-geleng, Tunduk-tunduk ikut telunjuk
Iya-iya, Saya-saya, kiri kanan ikut saja
Angguk-angguk, Geleng-geleng, Tunduk-tunduk ikut telunjuk
Iya-iya, Saya-saya, kiri kanan ikut saja
Kita tunduk pabila diketuk
Biarkan terhantuk tak usah dipujuk
Relakan dipatuk ingat pesan atuk
Sabar, sabar, sabar, sabar!
Tak apa, tak kisah, tak rugi, tak mati, tak ambil peduli
Berserah dan pasrah biar dada didabik, adat pasang turun naik
Didera, dijajah terus kita dipenjara
Jadi hamba, jadi kuli, jadi batu diam diri
Kita tunggu, kita lihat, kita nanti, kita perhati
Jangan merungut biar bertangguh, diam akur kita mesti patuh
Acuh tak acuh, endah tak endah, buat lawak bodoh selamba
Biar kita melopong, biar kita menganga
Biar mereka buat apa mereka suka, biar saja
Jangan melawan, jangan membantah, janganlah degil kena ikut perintah
Kena banyak diam biar apa orang kata, kita tawa dalam duka
Kecut takut, kalut, kolot, terkunci mulut, terkatup, tertutup
Kalah sabung menang sorak, senduk nasi tinggal kerak
Angguk-angguk, Geleng-geleng, Tunduk-tunduk ikut telunjuk
Iya-iya, Saya-saya, kiri kanan ikut saja
Angguk-angguk, Geleng-geleng, Tunduk-tunduk ikut telunjuk
Iya-iya, Saya-saya, kiri kanan ikut saja
Dik mari dik
Ye kak
Nama adik siapa? ..Mia
Adik pandai nyanyi tak?
Tahu…
Mari ikut akak nyanyi sama2
Angguk-angguk, Geleng-geleng, Tunduk-tunduk ikut telunjuk
Angguk-angguk, Geleng-geleng, Tunduk-tunduk ikut telunjuk
Iya-iya, Saya-saya, kiri kanan ikut saja
Iya-iya, Saya-saya, kiri kanan ikut saja
Tolak tambah kali ganda hitung kira skala nisbah
Maju mundur tinggi rendah berapa jumlah nilai bangsa
“Kak sekupang ke, 2 kupang ke, 3 kupang?”
Sawah sebendang, ladang sebidang, tanah sekangkang, pohon sebatang
Kerana wang, semua hilang, hanya tinggal sehelai sepinggang
Yang Jenin, yang Lebai, yang Pandir, yang Luncai
Yang angannya tinggi, yang dibuai mimpi
Yang sawah terjual, maruah tergadai
Sabar, sabar, sabar, sabar!
Angguk-angguk, Geleng-geleng, Tunduk-tunduk ikut telunjuk
Iya-iya, Saya-saya, kiri kanan ikut saja
Angguk-angguk, Geleng-geleng, Tunduk-tunduk ikut telunjuk
Iya-iya, Saya-saya, kiri kanan ikut saja
Kita tunduk pabila diketuk
Biarkan terhantuk tak usah dipujuk
Relakan dipatuk ingat pesan atuk
Sabar, sabar, sabar, sabar!
0 leave ur comment here !:
Post a Comment
awak .. tOlong kOmen yEwp ! tErima kaSih ..