
♥ Kesan Pengambilan Minuman Beralkohol ♥
Arak adalah sejenis minuman beralkohol dan boleh memabukkan . Kandungan gula yang tinggi dalam minuman beralkohol ini juga memudaratkan kesihatan si peminum . Oleh itu , agama islam mengharamkan umatnya minum minuman keras .
Jika wanita hamil minum minuman keras , maka pertumbuhan bayi dalam kandungan turut tebantut . Risiko bayi mengalami kecacatan atau menghidap penyakit sangat tinggi . Hal ini demikian kerana alkohol yang mengalir ke dalam tubuh si ibu akan memberi kesan kepada fizikal bayi serta menjejaskan kesihatannya .
Sekiranya pelajar yang minum minuman keras pula , mereka tidak mampu mengawal emosi serta hilang keupayaan untuk berfikir . Keadaan menjadi semakin teruk apabila pelajar mula ketagihan minuman keras itu . Masalah tersebut akan merosakkan kesihatan pelajar sekaligus menjejaskan pelajaran dan masa depan mereka .
Pemandu yang memandu kenderaan dalam keadaan mabuk setelah minum arak pula tidak dapat memberikan tumpuan semasa memandu . Perbuatan mereka melanggar undang-undang jalan raya serta membahayakan keselamatan pengguna jalan raya yang lain . Akibatnya , kemalangan mudah berlaku dan mengancam nyawa pengguna jalan raya yang lain .
Oleh sebab minuman beralkohol ini sangat berbahaya , sepatutnya kerajaan mengharamkan penjualan dan pengedarannya ke seluruh negara . Jika tindakan ini segera dilaksanakan , rakyat dapat menjimatkan wang , di samping mengurangkan kadar kemalangan jalan raya . Masalah social yang berkait rapat dengan minuman keras ini dapat diatasi .
0 leave ur comment here !:
Post a Comment
awak .. tOlong kOmen yEwp ! tErima kaSih ..