Kepentingan rakan sebaya
Pelbagai nama digunakan untuk menunjukkan peranan rakan sebaya dalam membantu rakan sebaya dengan mereka di sekolah atau institusi pendidikan . Walau apa juga label digunakan , mereka ini sebenarnya pembimbing rakan sebaya ( PRS ) diperkenalkan pda tahun 1987 berasaskan andaian remaja mempunyai pengaruh yang kuat terhadap rakan sebaya sama ada dripada segi positif atau negatif , maka remaja berupaya mempengaruhi rakan secara positif jika mereka dilatih dengan teknik-teknik bersahabat dan berkomunikasi dengan berkesan , di samping mereka menjadi contoh teladan yang berkesan .
Dalam bidang akademik , PRS dimestikan meningkatkan prestasi atau sekurang-kurangnya mengekalkan prestasi akademik mereka . Melalui pencapaian yang baik , mereka dapat membantu rakan bukan sahaja dalam mengatasi masalah emosi , bahkan membantu daripada segi akademik sekiranya diperlukan .Seterusnya dalam bidang psikologi pula , peringkat remaja merupakan peringkat yang paling berpengaruh dalam kehidupan mereka . Mereka yang bermasalah ini , akan menceritakan masalah yang wujud dengan rakan sebaya untuk mencapai jalan penyelesaian , bukan kepada ibu bapa mahupun guru .
Hasil daripada kajian yang telah dilakukan , remaja yang menganggotai PRS berperanan mempengaruhi rakan mereka sehingga rakan mereka menjadi lebih matang berfikir dan berupaya menimbang buruk baik sesuatu tindakan . Perkongsian pengalaman dan masalah diri sendiri dan bersyukur kepada segala anugerah tuhan sambil menghargai ikatan kekeuargaan . Hal ini berbeza dengan mereka yang tidak mempunyai rakan sebaya akan menjadi manusia penyendiri , sensitif , dan tertutup pemikirannya . Malah mereka yang tidak mempunyai rakan sebaya menjadi orang yang tidak yakin untuk meluahkan idea .
Bagi rakan yang menganggotai PRS , mereka akan mempengaruhi remaja yang kehilangan arah ke jalan yang sebenar dan biasanya tindakan itu lebih berkesan berbanding nasihat ibu bapa sendiri . Malah yang lebih menggembirakan mereka dengan mengajak rakan-rakan sebaya mereka , memanfaatkan masa terluang dengan melakukan aktiviti yang befaedah seperti membaca , bersukan , dan menyertai aktiviti sosial .
buto la kau...
ReplyDeleteCREATIVE...CANTIK BLOG NI
ReplyDelete