PENCEMARAN SUNGAI
Huraikan pendapat anda tentang punca-punca pencemaran sungai . Panjangnya huraian hendaklah antara 200-250 patah perkataan .
Sungai merupakan sumber air yang juga berfungsi sebagai sistem perhubungan utama di sesetengah tempat . Pada suatu ketika dahulu , sungai membantu pertubuhan bandar-bandar tertentu , antaranya ialah Kuala Lumpur , Alot Star , Kuala Terengganu dan Kuching . Walaupun begitu , kini , banyak sungai yang tercemar . Kajian oleh Jabatan Parit dan Saliran ( JPS ) mendapati bahawa Sungai Klang , Sungai Juru di Pulau Pinang, dan Sungai Skudai di Johor adalah antara sungai yang tercemar di negara ini .
Pembuangan sampah sarap oleh anggota masyarakat yang tidak bertanggungjawab adalah antara punca pencemaran sungai . Golongan ini tidak menitikberatkan kebersihan lam sekitar alam sekitar disebabkan mereka kurang menyedari kepentingannya . Oleh sebab itu , mereka menjadikan sungai sebagai tempat pembuangan sampah sarap . Sebagai contoh Sungai Pinang , di Pulau Pinang yang membentuk sistem pengangkutan air utama pada suatu ketika dahulu , kini sungai menjadi “sungai mati” lantaran pembuangan sampah sarap .
Selain itu , fenomena ini juga berpunca daripada pembuangan sisa toksik . Di negara ini , industri yang berasaskan pertanian dan pembuatan banyak menghasilkan bahan buangan . Kajian menunjukkan bahawa tidak kurang daripada satu juta kilogram sisa industri kelapa sawit dan industri getah dibuang ke perut sungai pada setiap hari . Hal ini berlaku kerana terdapat segelintir pengusaha yang hanya mementingkan keuntungan tanpa memikirkan kesan buruk tindakan sedemikian . Oleh sebab itu , tidak mustahillah sekiranya pencemaran sungai bertambah serius dari semasa ke semasa .
Tidak dinafikan bahawa pembalakkan menyumbangkan pendapatan yang lumayan kepada negara . Namun demikian , pemusnahan hutan yang berterusan akibat aktiviti pembalakkan telah mengundang hakisan tanah . Hal ini demikian kerana akar-akar pokok tidak lagi berfungsi untuk mencengkam . Bahan hakisan pula mengalir ke sungai menyebabkan sungai tercemar dan seterusnya menjadi cetek . Sekiranya aktiviti pembalakkan tidak dikawal dan pembalakkan haram gagal dibanteras , pencemaran sungai akan bertambah serius , sekali gus memusnahkan harapan kita untuk hidup sejahtera di muka bumi .
Kesimpulannya , pencemaran sungai tidak harus dipandang ringan . Walaupun masalah ini terjadi disebabkan oleh pelbagai faktor, namun faktor utamanya ialah sikap sesetengah anggota masyarakat yang hanya mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan kesan negatifnya terhadap alam sekitar . Sebagai warganegara yang bertanggungjawab , kita perlu menyokong Kempen Cintailah Sungai Kita . Kesejahteraan hidup yang kita nikmati pada hari ini tidak akan berkekalan sekiranya pencemaran sungai semakin serius .
lapsap comment
ReplyDeleteTerlalu besar tulisn.
ReplyDeleteThank Q!!
ReplyDeletethanks a lot okeyh hehe
ReplyDeletetq
ReplyDeletePlease change the font face and font size. It really hardens me to read.
ReplyDeletethank.. :))
ReplyDeletemcm2 la,but new ways thanks la because give me read your blog.I like this blog & i like your images.<3
ReplyDeletebla bla........ panjang gile x penat kerr.tulisan tu kecik sgt bdk yg rabun pun x nampak
ReplyDeletei like this blog.
ReplyDeletewe can be friend together.plizz because me and my friend was broke :(
ReplyDeletehai...adik nie sooo ...cute.akak nak adik jadi adik angkat akak blh? cm ne adik wat blog nie ha?..cantik sgt la.
ReplyDeletehai...adk akak nk komen nie adik nie mmg pandai wat karangan ye...kiauadik pandai wat karangan ...adik wat la lagi karangan kat dlm blog adik nie mane la tau ramai org yg suke kat adik punye karangan nie...:)
ReplyDelete